Posted by
Perwira Negara
comments (0)
Pakaian Rasmi/Jubah
KURSUS | GRADUAN LELAKI & WANITA | JALUR PADA LENGAN JUBAH/'MORTARBORD' | |
a. | Ijazah Doktor Falsafah | i. Jubah ii. 'Bonnet' | 2 Jalur - |
b. | Ijazah Sarjana | i. Jubah ii. 'Mortarboard' | 1 Jalur 1 Jalur |
c. | Diploma Lepas Ijazah | i. Jubah ii. 'Mortarboard' | 1 Jalur - |
d. | Ijazah Sarjana Muda | i. Jubah ii. 'Mortarboard' | - - |
e | Diploma | i. Jubah | - |
Pengenalan Fakulti
Warna Lapel Hadapan (Bagi Graduan Pasca Ijazah & Ijazah Pertama)
Fakulti | Warna | |
a. | Fak. Alam Bina | - Ungu |
b. | Fak. Kej. Awam | - Hijau Lumut |
c. | Fak. Kej. Elektrik | - Kuning Pinang Masak |
d. | Fak. Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli | - Hitam |
e. | Fak. Kej. & Sains Geoinformasi | - Biru |
f. | Fak. Kej. Mekanikal | - Merah |
g. | Fak. Pendidikan | - Biru Langit |
h. | Fak. Peng. & Pemb. Sumber Manusia | - Duku |
i. | Fak. Sains | - Hijau Terusi |
j. | Fak. Sains Kom. & Sistem Maklumat | - Merah Jambu |
k. | Fak. Biosains dan Biokejuruteraan | - Ungu Muda |
l. | Fak. Kej. Bioperubatan dan Sains Kesihatan | - Putih |
Kaedah Pinjaman Pakaian Konvokesyen
Graduan diminta menguruskan peminjaman pakaian konvokesyen lebih awal iaitu sebelum hari raptai.
Graduan boleh mewakilkan kepada sesiapa dalam urusan pengambilan pakaian konvokesyen dengan menggunakan borang wakil yang disertakan seperti di Borang K3 (Borang ini hendaklah diserahkan kepada wakil tersebut berserta sesalinan slip bayaran bank).
Tempoh Pemulangan Pakaian Konvokesyen

Pakaian konvokesyen hendaklah dipulangkan sebaik sahaja selesai menerima penganugerahan atau dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh graduan menerima penganugerahan.
Pengubahsuaian/Kehilangan/Kerosakan Pakaian Konvokesyen
a) | Graduan tidak dibenarkan sama sekali membuat pengubahsuaian (seperti menjahit lengan atau mengubah kadar labuh jubah) ke atas pakaian konvokesyen UTM. Sebarang pengubahsuaian yang telah dibuat tanpa kebenaran dari Pihak Universiti akan dikenakan denda. |
b) | Kadar denda minimum yang dikenakan ke atas pakaian yang diubahsuaian adalah sebanyak RM50.00. Kadar yang lebih tinggi boleh dikenakan berdasarkan tahap pengubahsuaian dan kerosakan yang terlibat. Graduan adalah diminta untuk menyelesaikan bayaran denda terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan ijazah/diploma. |
c) | Pakaian yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran gantirugi mengikut kadar seperti berikut : - |
Bidang Pengajian | Jubah | Bonnet/ Mortarbord | Jumlah | |
a. | Ijazah Doktor Falsafah | RM780.00 | RM300.00 | RM1080.00 |
b. | Ijazah Sarjana | RM740.00 | RM134.00 | RM874.00 |
c. | Ijazah Sarjana Muda | RM700.00 | RM112.00 | RM812.00 |
d. | Dip. Lepas Ijazah | RM700.00 | RM134.00 | RM834.00 |
e. | Dip. Pendidikan | RM700.00 | RM134.00 | RM834.00 |
f. | Diploma | RM300.00 | - | RM300.00 |
*Bayaran gantirugi untuk Lapel Fakulti - RM250.00
Posted by
Perwira Negara
comments (1)
Al-maklumlah dengan kesibukan kita sekarang ni, macam-macam perkara lain yang perlu di settle-kan selain urusan konvo. Ye, memang kita mempunyai masa lapang yang amat terhad tapi tu tak bermakna kita mengabaikan apa yang sepatutnya kita buat - sedikit masa dan pengorbanan untuk keluarga dan diri sendiri.
Walaupun hari konvokesyen kita bakal tiba minggu depan, aku masih lagi perhati dan dengar ada di antara kita yang masih belum mendapatkan tempat penginapan untuk ibubapa atau keluarga menjelang konvokesyen nanti. Kalau pergi sorang tu tak kisah la, boleh je tinggal kat kolej UTM yang di organize oleh AJK tu. Tapi memandangkan tak ramai pergi sorang2, kena la jugak tempah hotel. Tak kira la nak duduk ngan family atau kawan-kawan atau 'kawan' kan...hehe.
Nak tempah hotel yang AJK organize ragu2 takut tak standard, jauh la dan sebagainya. Cari la jugak tempat lain tapi apa hasilnya? Nak dekat-dekat konvo ni lagi la....semua tarikh yang berdekatan dah penuh!! nak tempah by phone memang takde kosong, mula la gigit jari. Nak harapkan walk-in booking ikut rezeki nanti la, itu pun kalau ada. Ada la sorang dua mengadu kat aku hotel itu ini xde bilik kosong. Means bukan la sorang dua tu je, mesti ada lagi kes yang sama kan?
Kalau korang nak tau, selain 2 cara nak dapatkan bilik hotel seperti di atas, ada satu cara lagi - ONLINE BOOKING. Aku dah kaji...kebanyakan hotel yang promote dalam website akan sediakan perkhidmatan macam ni....dan bila ditanya, walaupun by phone booking kata dah penuh, mereka still ada lagi kouta untuk tempahan dalam talian (online booking). Tempahan macam ni perlukan butiran kad kredit/VISA/Mastercard korang dan hanya 10% pendahuluan sahaja akan dicaj melalui kad tersebut dan selebihnya dibayar di hotel, dan tempahan DIJAMIN korang akan dapat tempat kat hotel tu!
Takde kad kredit, kad debit pun boleh selagi ada logo VISA atau Mastercard kat situ dengan syarat ada duit dalam simpanan korang. Sebagai contoh, harga bagi sebuah bilik untuk 1 malam RM 160, hanya RM 16.00 dicaj pada kad korang...baki RM 144 perlu dibayar di hotel nanti. Mudah kan? Polisinya jika korang tak datang atau nak cancel booking tu, 10% tu kira burn la..tapi kalau nak ubah tarikh atau jenis bilik boleh di buat bila2 masa 2 hari sebelum tarikh booking.
List hotel yang ada kemudahan tempahan online:
1. GoodHope Hotel (http://www.goodhopehotel.com.my/skudai-johor_bahru/index.html)
2. Mutiara Johor Bahru (http://www.mutiarahotels.com/mutiara_jb/mjb_rnr_room.html)
3. Puteri Pacific Hotel (http://www.puteripacifichoteljohorbahru.com/accommodation.html)
4. Selesa Hotel Johor Bahru (http://www.johorhotels.com/accommodation.html)
5. M-Suites Hotel (http://www.m-suites.com/GSuites/index.htm)
6. Suria City Hotel JB (http://www.suriaresorts.com/suria-city-hotel/accommodation.php)
7. TN Hotel Johor Bahru (http://www.tnhotel-johorbahru.com/ppc/index.php)
8. Vista Melati Hotel JB (http://www.avistamelatihotel-johorbahru.com/accommodations.php)
9. Dorsett Johor Hotel (http://www.dorsett.com.my/johor/)
10. Grand Blue Wave Hotel (http://www.grandbluewave-johorbahru.com/accommodations.php)
11. New York Hotel JB (http://newyorkhotel.com.my/features.html)
12. JB Central Hotel (http://www.jbcentralhotel-johorbahru.com/accommodations.php)
13. Tropical Inn JB (http://www.tropicalinn-johorbahru.com/accommodations.php)
14. Crystal Crown Hotel (http://www.crystalcrown.com.my/index.cfm?id=6B91D664-F206-A174-314E02DEB789AFAE)
Yang tak perlukan kad kredit dan seumpamanya:
1. Naza Hotel (http://www.nazahotels.com/johor/accommadation.html)
2. Pulai Springs Resort (http://www.pulaisprings.com/index.asp)
3. Euro Rich Hotel (http://www.eurorichhotel.com/index.php)
Nota: Korang boleh cuba tempah by phone jika ada kosong, tak semestinya online je
Harga dan standard hotel terpulang la yang mana satu korang nak atau mampu. So kalau nak jugak cari la member2 yang ada kad tu mintak pinjam jap nanti bayar la balik, key.. Kalau ada pertanyaan tentang tempahan online ni, sila kemukakan..~aku sedia membantu (bukan dari segi kewangan la eh..hehe)
Labels:
Penginapan
,
Peringatan
Posted by
Perwira Negara
comments (0)
Pengerusi:
Muhammad Waliyuddin Bin Che Azmi (2004)
Naib Pengerusi:
Mohd Wafi Fauzan Bin Mohamad Salleh (2005)
AJK Penginapan Hotel
1) Muhamad Iqbal Bin Basir (2004)
2) Nur Alif Saleh bin Musa (2004)
3) Mohd Khairul Ikhwan (2005)
4) Siti Azreena bt Mohd Ariff (2005)
AJK Penginapan Kolej
1) Ashraf bin Mohammad Radzi (2004)
2) Wan Azzrie bin Wan Ramli (2004)
3) Nor Liyana binti Abd hafiz (2004)
4) Azniza binti Mohamad (2005)
AJK Pengangkutan
1) Arvinthan a/l Venugopal (2004)
2) Hairul Fahmy bin Ithnin (2004)
3) Muhd Hisyamudin bin Ahmad (2005)
4) Mohammad Indera Bin Aziz (2005)
AJK Jubah konvo
1)Alifathi (2005)
AJK Gambar Konvo
1) Ahmad Bema bin Abdul Rahim (2004)
2) Mohd Dzulkifli Bin Mohd Noor (2005)
AJK Penyampaian Maklumat
1) Mohd Zulhelmi bin Mohd Radzali (2004)
Sama-sama kita memberikan kerjasama dengan mereka. Apa-apa hal yang berkaitan, jangan segan silu bertanya kepada mereka. Kalau diorang tak tau, means diorang tak buat keje la tu...haha..
Labels:
AJK
,
Pengumuman
Posted by
seketariat konvo atma utm
comments (2)
Petang tadi lepas habis E&E,Oc telah dimaklumkan oleh CO yang kadet tidak dibenarkan drive sendiri ke UTM Skudai,kalo nak pergi dengan family sendiri boleh,kalo nak naik kenderaan lain pun boleh (bus,train,flight atau apa2 je )janji bukan korang yg drive.
Jadi....
1) Sesiapa yang belum ada kenderaan untuk ke Skudai,jangan bimbang..
sebab UPNM akan bagi bus utk korang .Esok masa baris pagi untuk fatigue,sila bagi nama dekat pegawai kadet Arvin (epos).
2) Sesiapa yg nak drive sendiri jugak tuh...aku no komen...sebab arahan lisan dah dikeluarkan oleh OC supaya jangan drive
3) Sape2 yang nak tinggal di kolej kediaman UTM,esok pagi lepas baris pagi bgtaw dekat Acap (epos).
Esok tarikh last utk confirmkan dengan UTM
Labels:
kenderaan
,
Pengumuman
Posted by
Perwira Negara
comments (3)
Kurang jelas dengan kajian pengesanan graduat? Penting sangat ke nak isi borang tu?
Okey..biar aku jelaskan serba sedikit..
Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam Termasuk UTM telah menjalankan Kajian Pengesanan Graduan sejak tahun 2000 atas arahan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)bertujuan mengukur tahap 'employability' dan 'marketability' graduan selain mendapatkan pandangan/persepsi graduan tentang keberkesanan dan kualiti program akademik dan sistem penyampaian di Universiti.
Semua diwajibkan mengisi borang Kajian Pengesanan Graduat IPTA 2009 secara on-line di halaman web http://graduat.mohe.gov.my. dan korang dihendaki mencetak Slip Pengesanan Kajian dan perlu dihantar semasa hendak draw jubah..
Sesiapa yang gagal mengisi borang kajian ini menyebabkan diploma/ijazah dan transkrip akademik mereka akan ditahan. Macam mana penting sangat tu? Yela.. nak draw jubah pun dah susah..kena ada slip tu.
Pergi ke laman web berkenaan, klik pada LOG MASUK, Pastikan korang isi nombor kad pengenalan/IC tentera, institusi, dan nama pusat pengajian
Contoh:
No. Kad Pengenalan / Pasport / Tentera : T3010xxx
Institusi : IPTA -> Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Perhatian! Jangan silap pilih UPNM sebab kita graduate bawah UTM
Lepas log masuk, semak dan kemas kini butir peribadi korang dan jawab Questinonaire tu. Untuk bahagian status sekarang (soalan 40), pilih je TIDAK BEKERJA untuk mengelakkan kesulitan tambahan. Maklum.
Sesiapa yang tiada rekod setelah login ke dalam sistem, sila maklumkan kepada AJK secepat mungkin!
Labels:
borang
,
Pengumuman