PERHATIAN : BERKENAAN HOTEL YANG AKAN DIORGANIZE OLEH AJK

1) TIADA HOTEL BERDEKATAN YANG MAMPU UNTUK MENAWARKAN  73 BILIK YANG TELAH DITEMPAH OLEH PARA GRADUAN.

2) PADA MULANYA PIHAK AJK INGIN MENEMPAH HOTEL GOOD HOPE,DISEBABKAN IA BESAR (BYK BILIK) DAN SANGAT HAMPIR DENGAN UTM SKUDAI.TAPI,HOTEL TERSEBUT  DAH TERIMA BANYAK TEMPAHAN,ADA SEDIKIT SAHAJA LAGI BILIK KOSONG,SAPA YANG BERMINAT UNTUK MENEMPAH HOTEL INI,BOLEH MENJALANKAN URUSAN SENDIRI.

3) PIHAK AJK HANYA MENERIMA FEEDBACK POSITIF DARI HOTEL SERI MALAYSIA,HOTEL INI MAMPU MENYEDIAKAN BILIK YANG BANYAK BERDASARKAN PERMINTAAN PARA GRADUAN YANG MAHU SEWA HOTEL YANG DIORGANIZE.

HOTEL SERI MALAYSIA
 

Lot PTB 17648,
Jalan Langkasuka,
Johor Bahru,
80350 Larkin,
Johor, Malaysia.
 
HARGA YANG DITAWARKAN :RM160 PER NIGHT
JENIS BILIK:FAMILY ROOM
 WEBSITE:http://www.serimalaysia.com.my/serimalaysia/web/hotel_overview.php?hotel=johorbharu

JARAK DARI UTM SKUDAI: 22KM


 4) PIHAK AJK AKAN CUBA MENYEDIAKAN PANDUAN PERJALANAN DARI HOTEL KE UTM SKUDAI DAN PANDUAN DARI UTM SKUDAI KE HOTEL INI.


5)UNTUK  SESIAPA YANG TIDAK BERMINAT DAN INGIN MEMBATALKAN TEMPAHAN, MALAM INI AKU AKAN PULANGKAN BORANG TEMPAHAN YANG KORANG DAH ISI SEMALAM DEKAT IC PLATUN..TULISKAN "CANCEL " DALAM BORANG TERSEBUT.

sedih... pertukaran tentatif

 SEDIH.....

Dalam askar nih...mesti arahan selalu bertukar...macam tu jugak lah hal konvo nih..
korang mesti dah set mind kan?Kalo x set mind,means korang mmg x mnghayati khidupan 5 tahun di sini ....hahhaha (Aku pun x set mind ada perubahan jgak : p,sbb tu la aku sedih)

Sepertimana semua patut tahu, tarikh akhir ambil jubah ialah 18hb Nov.Tadi Oc telah call pihak UTM,mohon supaya tarikh ambil jubah adalah bersamaan dengan tarikh raptai pada 20hb.Pihak UTM pun telah setuju dengan permohonan Oc utk memberi peluang kepada kita ambil jubah pada 20hb selepas raptai.

jadi...jadual pergerakan telah berubah...bilangan hari kita di Skudai pun berubah....

19 Nov - petang - pergerakan ke Skudai dengan bas yang diorganize olehUPNM

20 Nov- pagi - raptai konvo
            - petang- ambil jubah (sempat ke ambil jubah utk 383 orang? aku x tahu,oc cakap                                 kena  sempat jugak)


21 Nov -Konvokesyen (  pagi @ petang ,belum diconfirmkan UTM)
             petang- balik ke UPNM dengan bas yang diorganize UPNM



Aku dah cuba mintak dengan OC supaya kita leh balik  22hb,dia cakap Insya Allah.
Dia x pasti lagi...tp dia suroh kita mind set kan "the worst situation"


ada soalan "Boleh tak kalo taknak tinggal di kolej kediaman sebab nak bersama2 bebas dengan family masa di UTM nanti?"
OC cakap "BOLEH"




SEMUA YANG DI ATAS BOLEH BERUBAH DALAM SEKELIP MATA SEBAB KITA ASKAR,ARAHAN BOLEH BERUBAH,BEKERJA MENURUT PERINTAH,SET KAN " THE WORST SITUATION" DALAM FIKIRAN.


apakah yang paling worst?
Xda konvo,x boleh pi konvo,kalo boleh pi pun nasib lah tu...hahahaha.....

Pendaftaran Untuk Konvo




Tempat pendaftaran:
> Ruang Legar, Aras 1, Bangunan Persatuan Pelajar (SUB), UTM Skudai, Johor
(Dapatkan buku konvo masa mendaftar-kalau tak silap aku)

Benda yang perlu dibawa sekali:
> Surat jemputan graduan
> Kad Pengenalan/MyKad/Passpot graduan
> Salinan Slip Bank (Salinan Pelajar)

Untuk salinan slip bank, kita akan ambil dari AJK yang ditugaskan khas untuk memantau urusan kewangan antara pihak akademik UPNM dan bendahari UTM. (Walid, AJK kewangan dah ada belum?) Surat Jemputan tu refer pada AJK prosedur yang aku request untuk entri sebelum ini.

Nota dari pihak UTM:
> Tanpa surat jemputan majlis konvokesyen/Kad Pengenalan korang tidak dibenarkan mendaftar untuk menyertai majlis tersebut.
> Bagi yang hadir lewat atau tidak mematuhi peraturan pakaian menghadiri majlis konvokesyen semasa hari pendaftaran sebagaimana yang telah ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai majlis tersebut.
> UTM berhak menahan atau melarang graduan yang tidak mendaftar daripada menyertai konvokesyen.

p/s: cepat bertindak! masa semakin suntuk...

Urusan Yang Perlu Dipantau

Oh ye...terlupa satu benda penting lagi...Aku perlukan AJK untuk urusakan hal2 berikut...




1. Kad barisan (untuk giliran barisan)
2. Kad masuk (utk ibubapa)
3. Pelekat kenderaan
4. dan tak lupa...yang penting..SURAT JEMPUTAN

Rasanya benda-benda ni ada sekalli dengan surat jemputan konvo..so rasanya kena ada sorang dua yang uruskan pasal dokumen2 ni untuk koordinasi dengan staf UPNM kepada UTM. banyak yang nak kena diagih-agihkan.


p/s: sorry walid...macam aku yang bos kat sini..malas la jadi AJK..asal AJK je ada nama aku.sekali sekala secure ape salahnye.keje belakang tabir..hehe..ok la tu kan?

Apa lagi korang nak tanya?




sebarang persoalan atau apa saja yang berkaitan dengan konvokesyen kita ni, sila kemukakan secepat mungkin sebelum kita menyambung semula aktiviti luar kita. anda boleh tulis di ruangan ulasan/komen atau di ruang sembang kat sebelah tepi tu..kerjasama anda amat dihargai untuk kebaikan semua.


Terima kasih kat highway je key...haha...
wslm..~

Apa Yang Perlu Korang Buat Untuk Konvo ni..




Di bawah merupakan prosedur-prosedur yang perlu dilakukan untuk majlis konvo UTM...
Yang ni aku dapat dari UTM dan orang2 yang pernah gi konvo sana...so the credit goes to them lah..


BIL.
PERKARA
DOKUMEN PERLU DISERTAKAN/DIBAWA

1
Terima Surat/set jemputan menghadiri konvokesyen


2
Baca maklumat/kandungan set jemputan konvokesyen


3
Semak sesi konvokesyen anda

SEBELUM
4
Isi borang pengesahan menghadiri konvokesyen


5
Buat pembayaran di mana-mana cawangan CIMB


6
Simpan salinan slip pembayaran bank


7
Pos/fax surat pengesahan hadir ke UTM
Sertakan
-  Slip pembayaran    bank
-  Borang Pengesanan    Graduat


8
Ambil jubah di Stor Jubah
-  Bawa salinan slip pembayaran bank
-  Surat jemputan konvokesyen


9
Tandatangan senarai rekod pengambilan/pemulangan


10
Mendaftar di Bangunan SUB
Kad Pengenalan
Surat Jemputan


11
Dapatkan kad barisan di Kaunter yang disediakan


13
Beratur di dalam barisan/ kursus anda seperti arahan petugas


14
Berarak masuk ke dewan

SEMASA
15
Mengambil tempat duduk di dalam dewan mengikut arahan Pemandu Graduan


16
Tunggu giliran Fakulti/kursus anda menerima ijazah/diploma


17
Serahkan kad barisan apabila diminta oleh petugas untuk tujuan paparan nama di skrin


18
Beratur untuk menerima ijazah/diploma apabila mendapat arahan Pemandu Graduan


19
Menerima Ijazah/diploma


20
Keluar dewan apabila selesai majlis


21
Pulangkan pakaian konvokesyen di Stor Jubah

SELEPAS
22
Tandatangan di senarai rekod pengambilan/pemulangan


23
Terima resit pengesahan pemulangan dari petugas


24
Ambil sijil/transkrip di Pejabat Pengurusan Akademik (Tingkat 4, Bangunan Pentadbiran)
-  Kad Pengenalan
-  Resit Pengesahan    Pemulangan Jubah

So totally kalau korang tengok, perjalanan konvo ni bukan mudah...dan banyak perkara yang telah/bakal diuruskan oleh AJK-AJK..so kalau dah faham, berilah kerjasama kepada mereka ye. Bukan mudah nak uruskan sesuatu. Bagi yang kuat secure yang kena jadi AJK tu, jgn mengeluh. Jadikan ni peluang untuk korang timba pengalaman buat management event. Bila lagi kan..Nak habis da ni...

Next entri2 aku akan citerape tugas2 yang AJK patut buat...aku rasa banyak keje tak cover lagi...
Ok, thats all for now.

p/s: ces walid..tukar balik tajuk entri lepas...macam mendoakan aku je...huhu....

credit to Mr Zulhelmi SZW

Jutaan apresiasi kepada beliau kerana telah membantu memperkemaskan blog nih + menambah entri2  yang aku x tahu.
Walaupun sekarang tgh attend C 3 hari,namun  semangat ingin membantu beliau sgt tinggi,sama2lah kita doakan beliau cepat sembuh ...amin....


ps: peringatan kepada semua,rujuklah entri2 yang lepas untuk mengetahui sape yang jadi ajk.Apa2 kemusykilan boleh rujuk dekat diorang nih.
just nk recall balik korg
Click for Johore Bharu, Malaysia Forecast