Urusan tempahan hotel


Borang ini akan diedarkan kepada setiap ic platun..dapatkan senarai bil ahli keluarga yang nak datang konvo dan bilangan bilik yang ingin ditempah.Bagi mereka yang tidak mahu ajk tempahkan hotel @ mereka yang rumah dekat Johor, sila tulis "TIDAK MAHU" di ruangan catatan,tetapi di ruang bilangan keluarga tetap kena isi,sebab OC nak tahu berapa ahli keluarga korang yg nk datang waktu konvo.




P/S : 1) Sekiranya tidak ramai yang mahukan ajk buat tempahan hotel,maka semua sekali dikehendaki membuat urusan tempahan hotel sendiri.Sebab tidak berbaloi kalau ajk nak buat tempahan semata-mata untuk bilangan bilik yang sedikit

2) Untuk Navy yang masih belum balik ke UPNM,anda dikehendaki membuat tempahan sendiri,aku dah sediakan list hotel2 yang berhampiran untuk entry2 sebelum nih.Maaf ye...sbb kalo nak tunggu korang isi form survey nih,confirm lambat...aku ada 3 ari ja lagi nak settlekan sebelum masuk hutan

selingan....

Malam nih Mu vs Loserfool...
MU menang weh...
hahahha...

nih selingan ja...xyah baca post nih.. :P
baca post topik2 yang penting sblm nih..

LIST- LIST HOTEL YANG DEKAT DENGAN UTM SKUDAI

Di sini....aku sediakan apa yang korang perlukan...list2 hotel yang dekat UTM,yang korang leh tempah untuk family

Klik untuk download


download la....canggih sket....


Akan ada list baru yang ajk akan sediakan nanti,termasuk Hotel yang dekat JB,
tunggu...

F.A.Q (FREQUENTLY ASKED QUESTION)

1)Berapa harga sewa jubah?Kena bayar sendiri ka?
akan diconfirmkan kemudian


2)Boleh drive sendiri tak?
X boleh...oc x bg,dia bimbang if esok keluar Metro tajuk "hasrat seorang graduan x kesampaian setelah terkorban di kilometer xxx"

3)Nak pergi dan balik dengan keluarga boleh tak?
X boleh...oc x bg,dia bimbang if esok keluar Metro tajuk "hasrat seorang graduan dan keluarganya mengambil ijazah tak kesampaian setelah terkorban dalam kemalangan"

4)Alang-alang dah 22hb tuh hari Ahad,xdpt cuti ke nak stay ngn family?
Oc cakap x boleh...sebab apa tah..,kita akan cuba untuk pohon lagi
update: dah dapat cuti..alhamdulillah..lihat sini

5)Bila bertolak?Naik apa?
Insya Allah ptg 17 Nov(besday aku..yeay),naik bas yang diorganize UPNM
update: memandangkan dah cuti, so pergi sendiri la..takde organize2..


6)Harga kolej kediaman RM 15 je ke untuk 1 orang?
yang tu harga anggaran OC,akan diconfirmkan kemudian..lagipun tak lari banyak la..


7)Surat jemputan konvo bila nak dapat?
Surat jemputan,UTM Skudai akan hantar ke UTM Semarak,then staf UPNM dikehendaki g amik kat Semarak bawa blik surat ke sini,then staf UPNM sini yang akan poskan ke keluarga masing2 @ bg kat tgn kita,kita pandai2lah nk buat apa.
update: dah dapat tu rajin2 la bukak, baca..bagi kat parents


8)Boleh sediakan list hotel yang dekat dgn UTM Skudai?
Sabar...dah siap jap lagi..korang siap boleh download lagi list tuh..ada yang aku leh mentionkan harga,ada yang korang kena tipon sendiri.
update: boleh tengok sini dan sini

9)Ada soalan lagi?
Postla komen dekat blog nih@ emailkan kepada jkuasakonvo@gmail.com

URUSAN KONVOKESYEN

1)Majlis konvokesyen

-tarikh 21 Nov

-raptai 20 Nov

-sewa jubah hanya dibuka pada 14,16,18 Nov,

kadet keluar hutan 14 Nov,tarikh yang dibenarkan ALK utk ambil jubah ialah 18 Nov.Jadi bertolak

dari UPNM petang 17 Nov.

-Dari 17 Nov hingga 20 Nov,penginapan yang dicadangkan ialah di kolej kediaman pelajar yang akan diorganizekan oleh ajk.

-Untuk 20 Nov hingga 21 Nov,graduan bebas menginap di mana2 hotel dengan keluarga.(Hotel ialah atas urusan sendiri,sekiranya banyak pihak inginkan ajk uruskan hotel,tempahan secara beramai2 akan cuba diuruskan oleh ajk)


2)Penginapan keluarga semasa Konvokesyen (20-21 Nov)

-Rumah tetamu UTM tidak boleh ditempah disebabkan sedang renovation dari 1 NOV til 31 DIS

-Hotel berhampiran akan ditempah berdasarkan kapasiti yang dipohon graduan

-Senarai jumlah ahli keluarga dan jumlah bilik akan diserahkan kepada graduan.

3)Penginapan semasa urusan sewa jubah dan raptai (17-20 Nov)

-Nak tumpang blok palapes UTM x dapat sebab strength kita ramai sangat.

-kolej kediaman akan disewa rate dalam rm15-20

1 malam/1 kepala,permohonan kepada timb pendaftar UTM

-Penginapan di kolej ialah pada 17hb hingga 20hb Nov.

-akan diuruskan oleh ajk dan fakulti kejuruteraan UPNM


4)Pakaian

-service dress.

-Sebarang perubahan oc akan maklumkan kemudian


5)AJK

-Ajk telah dilantik utk urusan penginapan,pengangkutan,gambar

-Setiap AJK adalah diambil dari setiap intake 2004 Dan 2005.


6)Pengangkutan

-Ajk dan fakulti akan cuba uruskan 10 x bas untuk urusan pergi ke Skudai pada 17hb .

-bas untuk balik ke sini pada 21hb NOV akan diuruskan juga oleh ajk.

-Tidak dibenarkan untuk ke sana dgn kenderaan sendiri atau kenderaan yang lain dari yang diorganize

-Tidak dibenarkan untuk pulang ke upnm dgn kenderaan sendiri atau kenderaan yang lain dari yang diorganize

-Pergerakan Pergi dan balik dari Skudai ialah di bawah tanggungjawab OC,bagi mengelakkan perkara yang x diingini berlaku, arahan pergerakan ialah mengikut Admin Order.Oc tidak benarkan naikkenderaan selain dari yang diorganize.

-Tiada pas cuti yang dikeluarkan oleh OC.Hanya ada Admin Order yang akan ditandatangani CO


)Jangkamasa untuk menguruskan semua hal di atas

- 24 Okt til 28 Okt (5 hari sahaja!!!)

-kita akan masuk hutan 29 Okt hingga 8 Nov utk Final Ex

-10 Nov masuk hutan semula hingga 14 Nov utk E&E

-15 Nov,urusan fatigue slpas tamat latihan

-ptg 17 Nov bertolak ke Skudai.
Senarai jawatankuasa untuk Majlis Konvokesyen.

(ahli jawatankuasa dipilih dari setiap intake 2004/2005 untuk perancangan yang lebih adil)


Pengerusi:Muhammad Waliyuddin Bin Che Azmi (2004)

Naib Pengerusi: Mohd Wafi Fauzan Bin Mohamad Salleh (2005)


AJK Penginapan Hotel untuk waris (20-21 Nov)

1) Muhamad Iqbal Bin Basir (2004)
2) Nur Alif Saleh bin Musa (pdn muka hg alep..hahaha) (2004)
3) Mohd Khairul Ikhwan (2005)
4) Siti Azreena bt Mohd Ariff (2005)


AJK Penginapan graduan semasa urusan sewa jubah & raptai (17-20 Nov)

1) Ashraf bin Mohammad Radzi (2004)
2) Wan Azzrie bin Wan Ramli (2004)
3) Nor Liyana binti Abd hafiz (2004)
4) Azniza binti Mohamad (2005)

AJK Pengangkutan pergi dan balik

1) Arvinthan a/l Venugopal (2004)
2) Hairul Fahmy bin Ithnin (2004)
3) Muhd Hisyamudin bin Ahmad (2005)
4) Mohammad Indera Bin Aziz (2005)

AJK Gambar Konvo

1) Ahmad Bema bin Abdul Rahim (2004)
2) Mohd Dzulkifli Bin Mohd Noor (2005)
Click for Johore Bharu, Malaysia Forecast