Al-maklumlah dengan kesibukan kita sekarang ni, macam-macam perkara lain yang perlu di settle-kan selain urusan konvo. Ye, memang kita mempunyai masa lapang yang amat terhad tapi tu tak bermakna kita mengabaikan apa yang sepatutnya kita buat - sedikit masa dan pengorbanan untuk keluarga dan diri sendiri.
Walaupun hari konvokesyen kita bakal tiba minggu depan, aku masih lagi perhati dan dengar ada di antara kita yang masih belum mendapatkan tempat penginapan untuk ibubapa atau keluarga menjelang konvokesyen nanti. Kalau pergi sorang tu tak kisah la, boleh je tinggal kat kolej UTM yang di organize oleh AJK tu. Tapi memandangkan tak ramai pergi sorang2, kena la jugak tempah hotel. Tak kira la nak duduk ngan family atau kawan-kawan atau 'kawan' kan...hehe.
Nak tempah hotel yang AJK organize ragu2 takut tak standard, jauh la dan sebagainya. Cari la jugak tempat lain tapi apa hasilnya? Nak dekat-dekat konvo ni lagi la....semua tarikh yang berdekatan dah penuh!! nak tempah by phone memang takde kosong, mula la gigit jari. Nak harapkan walk-in booking ikut rezeki nanti la, itu pun kalau ada. Ada la sorang dua mengadu kat aku hotel itu ini xde bilik kosong. Means bukan la sorang dua tu je, mesti ada lagi kes yang sama kan?
Kalau korang nak tau, selain 2 cara nak dapatkan bilik hotel seperti di atas, ada satu cara lagi - ONLINE BOOKING. Aku dah kaji...kebanyakan hotel yang promote dalam website akan sediakan perkhidmatan macam ni....dan bila ditanya, walaupun by phone booking kata dah penuh, mereka still ada lagi kouta untuk tempahan dalam talian (online booking). Tempahan macam ni perlukan butiran kad kredit/VISA/Mastercard korang dan hanya 10% pendahuluan sahaja akan dicaj melalui kad tersebut dan selebihnya dibayar di hotel, dan tempahan DIJAMIN korang akan dapat tempat kat hotel tu!
Takde kad kredit, kad debit pun boleh selagi ada logo VISA atau Mastercard kat situ dengan syarat ada duit dalam simpanan korang. Sebagai contoh, harga bagi sebuah bilik untuk 1 malam RM 160, hanya RM 16.00 dicaj pada kad korang...baki RM 144 perlu dibayar di hotel nanti. Mudah kan? Polisinya jika korang tak datang atau nak cancel booking tu, 10% tu kira burn la..tapi kalau nak ubah tarikh atau jenis bilik boleh di buat bila2 masa 2 hari sebelum tarikh booking.
List hotel yang ada kemudahan tempahan online:
1. GoodHope Hotel (http://www.goodhopehotel.com.my/skudai-johor_bahru/index.html)
2. Mutiara Johor Bahru (http://www.mutiarahotels.com/mutiara_jb/mjb_rnr_room.html)
3. Puteri Pacific Hotel (http://www.puteripacifichoteljohorbahru.com/accommodation.html)
4. Selesa Hotel Johor Bahru (http://www.johorhotels.com/accommodation.html)
5. M-Suites Hotel (http://www.m-suites.com/GSuites/index.htm)
6. Suria City Hotel JB (http://www.suriaresorts.com/suria-city-hotel/accommodation.php)
7. TN Hotel Johor Bahru (http://www.tnhotel-johorbahru.com/ppc/index.php)
8. Vista Melati Hotel JB (http://www.avistamelatihotel-johorbahru.com/accommodations.php)
9. Dorsett Johor Hotel (http://www.dorsett.com.my/johor/)
10. Grand Blue Wave Hotel (http://www.grandbluewave-johorbahru.com/accommodations.php)
11. New York Hotel JB (http://newyorkhotel.com.my/features.html)
12. JB Central Hotel (http://www.jbcentralhotel-johorbahru.com/accommodations.php)
13. Tropical Inn JB (http://www.tropicalinn-johorbahru.com/accommodations.php)
14. Crystal Crown Hotel (http://www.crystalcrown.com.my/index.cfm?id=6B91D664-F206-A174-314E02DEB789AFAE)
Yang tak perlukan kad kredit dan seumpamanya:
1. Naza Hotel (http://www.nazahotels.com/johor/accommadation.html)
2. Pulai Springs Resort (http://www.pulaisprings.com/index.asp)
3. Euro Rich Hotel (http://www.eurorichhotel.com/index.php)
Nota: Korang boleh cuba tempah by phone jika ada kosong, tak semestinya online je
Harga dan standard hotel terpulang la yang mana satu korang nak atau mampu. So kalau nak jugak cari la member2 yang ada kad tu mintak pinjam jap nanti bayar la balik, key.. Kalau ada pertanyaan tentang tempahan online ni, sila kemukakan..~aku sedia membantu (bukan dari segi kewangan la eh..hehe)
1 comments:
Ada certain hotels yg memerlukan deposit RM XXX (dibayar balik selepas check out). Bayar deposit dengan cash. Jangan letak debit card anda sebagai deposit walaupun booking dibuat dengan debit card. Debit card tidak dapat menerima refund.
Tiada masalah kalau kamu guna normal credit card sebagai deposit.
Post a Comment
sila kemukakan sebarang komen, pendapat atau persoalan disini..~