CUTI UNTUK KONVOKESYEN - UPDATE

Setelah berbincang dengan OC di kompleks qm pada 06 Nov 1500H,
oc telah bersetuju untuk memberi cuti bermula:

19 NOV 0700H hingga 22 NOV 1800H

Isi pas cuti macam biasa,belakang pas cuti isi alamat UTM Skudai dan hantar pada ic platun masing-masing semasa rollcall Sabtu malam Ahad.

Alamat UTM Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM, Skudai, JOHOR D.T

Pengumuman tambahan:


1) Disebabkan cuti telah diberikan,oc suruh pergi dengan kenderaan sendiri


2) Sesiapa yang ingin tinggal di kolej kediaman UTM sila berikan nama  kepada ic platun,kemudian ic platun serahkan kepada ajak penginapan kolej kediaman.


3)Anda bebas untuk buat apa dan ke mana2 bersama keluarga anda...(dah nama pun cuti...)

4) Pas cuti konvo air force dah siap semua skali,cuma perlu bayar dekat Arvin


5) Ada rumours lagi...ada sorg OC Batalion XXX cakap kata UPNM akan cuti seminggu sempena Raya haji.... (hahahah...jgn percaya dowh....kalo ada rezeki mayb jd kenyataan)

 

CUTI UNTUK KONVOKESYEN

Buat setakat ini,maklumat daripada Kapten Zulkurnain
cuti untuk konvokesyen bermula 19-22 NOV.
Disebabkan cuti diberikan,jadi kena pergi sendiri.
Cuma kena isi pas cuti dan x perlu buat A.O,x perlu buat tempahan 10 X bas dan sebagainya...

tapi aku x boleh finalize lagi...sebab arahan askar selalu boleh berubah-ubah...


p/s : ada rholder bgtaw tadi...cuti Raya Haji + cuti sem start 21 Nov - 28 Nov.
(wtf??? ini bukan April fool....mungkin November fool)

URUSAN KONVOKESYEN -part 2

BIL
URUSAN
TINDAKAN
1
Tidak dapat mengisi borang kajian pengesanan di laman web graduat.mohe.gov.my kerana tiada rekod pelajar di kementerian pengajian tinggi.
1)Data dihantar ke KPT
2)Borang sudah dapat diisi bermula 2 November selepas semua data dihantar oleh ajk.
2
Mengisi borang kehadiran konvokesyen (Lampiran A) bagi semua graduat  yang belum isi.

Mengisi borang Lampiran A untuk PKDT Udara dan Laut (KD Inderapura)
1)Dapatkan senarai nama setiap pelajar termasuk :
a)      Jurusan
b)      Pointer
c)       No. matrik
2)Telah menghantar ke semua 383 borang ke UTM Skudai pada 3 November 2009.
3
Uruskan surat jemputan konvo arwah  PKDT Amirul
Surat jemputan konvo telah diposkan kepada keluarga arwah pada 4 November.
4
Menguruskan Status 17 PKDT yang tidak mempunyai surat jemputan kerana mengambil Sem Mei.
1)Memaklumkan kepada UTM
2) Mengisi borang baru dan dihantar bersama dengan borang-borang graduat lain
5
Menguruskan tempahan  hotel untuk keluarga graduat.

1) Hubungi hotel Sri Malaysia untuk tujuan mengesahkan tempahan serta harga bilik.
2) Telah menerima fax pengesahan daripada hotel pada 2 Nov 2009.Butiran:
Jumlah bilik = 60
Harga = RM160
Jenis bilik :Family suite
6
Memaklumkan kepada UTM mengenai status arwah Amirul
1) Maklumat PKDT arwah Amirul dihantar ke UTM untuk majlis penyerahan ijazah kepada keluarga.Butiran yang diminta oleh UTM:
a)      Nama PKDT
b)      Tarikh kematian
c)       Sebab kematian
d)      Jurusan
        e)    Alamat waris
7
Memaklumkan kepada 2 orang pegawai kadet yang  telah ditamatkan pengajian di UPNM untuk hadir ke konvokesyen kerana borang jemputan konvo mereka dihantar ke sini.
1) Firdaus mohd Radzuan
2)Hazlan Mohd Ghazali.
8
Menyediakan  susun atur  untuk kawad pentauliahan dan bahasa hukuman kawad
1) Menyiapkan persembahan powerpoint dan senarai bahasa hukuman yang akan digunapakai semasa pentauliahan.
9
Hubungi UTM untuk pengesahan tempahan bilik di kolej kediaman






Telah menerima fax dari UTM mengenai jumlah bilik .Butiran:
Kolej Onn Jaafar  (300 lelaki)
Kolej Tun Fatimah (17 perempuan)
Kolej datin Sri Endon (14 perempuan)
Kolej 9 (30 perempuan)

10
Taklimat kepada  PKDT Laut untuk pengisian borang Lampiran A dan borang kajian pengesanan.
1) Telah mengutip ke semua borang mereka dan terus dihantar ke UTM Skudai.
2)Borang dihantar  melalui SSjn Risham (staf tumpangan Skudai). Borang kajian pengesanan di hantar semasa menghadiri konvo

Click for Johore Bharu, Malaysia Forecast