Jubah Konvokesyen UTM

Pakaian Rasmi/Jubah


Hanya untuk makluman korang, setiap graduan dikehendaki mengambil pakaian-pakaian seperti berikut :




KURSUS
GRADUAN
LELAKI & WANITA

JALUR PADA LENGAN JUBAH/'MORTARBORD'
a.
Ijazah Doktor Falsafah
i.  Jubah
ii. 'Bonnet'
2 Jalur
-
b.
Ijazah Sarjana
i.  Jubah
ii. 'Mortarboard'
1 Jalur
1 Jalur
c.
Diploma Lepas Ijazah
i.  Jubah
ii. 'Mortarboard'
1 Jalur
-
d.
Ijazah Sarjana Muda
i.  Jubah
ii. 'Mortarboard'

-
-
e
Diploma
i.  Jubah
-

 

Pengenalan Fakulti



Warna Lapel Hadapan (Bagi Graduan Pasca Ijazah & Ijazah Pertama)
Setiap fakulti mempunyai warna lapel hadapan yang berbeza seperti berikut : -





Fakulti
Warna
a.
Fak. Alam Bina
- Ungu
b.
Fak. Kej. Awam  
- Hijau Lumut
c.
Fak. Kej. Elektrik
- Kuning Pinang Masak
d.
Fak. Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli 
- Hitam
e.
Fak. Kej. & Sains Geoinformasi   
- Biru
f.
Fak. Kej. Mekanikal
- Merah
g.
Fak. Pendidikan
- Biru Langit
h.
Fak. Peng. & Pemb. Sumber Manusia
- Duku
i.
Fak. Sains
- Hijau Terusi
j.
Fak. Sains Kom. & Sistem Maklumat
- Merah Jambu
k.
Fak. Biosains dan Biokejuruteraan
- Ungu Muda
l.
Fak. Kej. Bioperubatan dan Sains Kesihatan
- Putih



Kaedah Pinjaman Pakaian Konvokesyen




Slip bayaran bank/resit pembayaran hendaklah dikemukakan semasa meminjam pakaian konvokesyen.

Graduan diminta menguruskan peminjaman pakaian konvokesyen lebih awal iaitu sebelum hari raptai.

Graduan boleh mewakilkan kepada sesiapa dalam urusan pengambilan pakaian konvokesyen dengan menggunakan borang wakil yang disertakan seperti di Borang K3 (Borang ini hendaklah diserahkan kepada wakil tersebut berserta sesalinan slip bayaran bank).







Tempoh Pemulangan Pakaian Konvokesyen





Pakaian konvokesyen hendaklah dipulangkan sebaik sahaja selesai menerima penganugerahan atau dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh graduan menerima penganugerahan.



Pengubahsuaian/Kehilangan/Kerosakan Pakaian Konvokesyen



a)
Graduan tidak dibenarkan sama sekali membuat pengubahsuaian (seperti menjahit lengan atau mengubah kadar labuh jubah) ke atas pakaian konvokesyen UTM.  Sebarang pengubahsuaian yang telah dibuat tanpa kebenaran dari Pihak Universiti akan dikenakan denda.
b)
Kadar denda minimum yang dikenakan ke atas pakaian yang diubahsuaian adalah sebanyak RM50.00.  Kadar yang lebih tinggi boleh dikenakan berdasarkan tahap pengubahsuaian dan kerosakan yang terlibat.  Graduan adalah diminta untuk menyelesaikan bayaran denda terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan ijazah/diploma.  
c)
Pakaian yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran gantirugi mengikut kadar seperti berikut : -


Bidang Pengajian
Jubah
Bonnet/
Mortarbord


Jumlah
a.
Ijazah Doktor Falsafah
RM780.00
RM300.00
RM1080.00
b.
Ijazah Sarjana
RM740.00
RM134.00
RM874.00
c.
Ijazah Sarjana Muda
RM700.00
RM112.00
RM812.00
d.
Dip. Lepas Ijazah
RM700.00
RM134.00
RM834.00
e.
Dip. Pendidikan
RM700.00
RM134.00
RM834.00
f.
Diploma
RM300.00
-
RM300.00

*Bayaran gantirugi untuk Lapel Fakulti - RM250.00

*Bayaran denda adalah tertakluk kepada pindaan.

Masih mencari penginapan?




Al-maklumlah dengan kesibukan kita sekarang ni, macam-macam perkara lain yang perlu di settle-kan selain urusan konvo. Ye, memang kita mempunyai masa lapang yang amat terhad tapi tu tak bermakna kita mengabaikan apa yang sepatutnya kita buat - sedikit masa dan pengorbanan untuk keluarga dan diri sendiri.

Walaupun hari konvokesyen kita bakal tiba minggu depan, aku masih lagi perhati dan dengar ada di antara kita yang masih belum mendapatkan tempat penginapan untuk ibubapa atau keluarga menjelang konvokesyen nanti. Kalau pergi sorang tu tak kisah la, boleh je tinggal kat kolej UTM yang di organize oleh AJK tu. Tapi memandangkan tak ramai pergi sorang2, kena la jugak tempah hotel. Tak kira la nak duduk ngan family atau kawan-kawan atau 'kawan' kan...hehe.

Nak tempah hotel yang AJK organize ragu2 takut tak standard, jauh la dan sebagainya. Cari la jugak tempat lain tapi apa hasilnya? Nak dekat-dekat konvo ni lagi la....semua tarikh yang berdekatan dah penuh!! nak tempah by phone memang takde kosong, mula la gigit jari. Nak harapkan walk-in booking ikut rezeki nanti la, itu pun kalau ada. Ada la sorang dua mengadu kat aku hotel itu ini xde bilik kosong. Means bukan la sorang dua tu je, mesti ada lagi kes yang sama kan?

Kalau korang nak tau, selain 2 cara nak dapatkan bilik hotel seperti di atas, ada satu cara lagi - ONLINE BOOKING. Aku dah kaji...kebanyakan hotel yang promote dalam website akan sediakan perkhidmatan macam ni....dan bila ditanya, walaupun by phone booking kata dah penuh, mereka still ada lagi kouta untuk tempahan dalam talian (online booking). Tempahan macam ni perlukan butiran kad kredit/VISA/Mastercard korang dan hanya 10% pendahuluan sahaja akan dicaj melalui kad tersebut dan selebihnya dibayar di hotel, dan tempahan DIJAMIN korang akan dapat tempat kat hotel tu!




Takde kad kredit, kad debit pun boleh selagi ada logo VISA atau Mastercard kat situ dengan syarat ada duit dalam simpanan korang. Sebagai contoh, harga bagi sebuah bilik untuk 1 malam RM 160, hanya RM 16.00 dicaj pada kad korang...baki RM 144 perlu dibayar di hotel nanti. Mudah kan? Polisinya jika korang tak datang atau nak cancel booking tu, 10% tu kira burn la..tapi kalau nak ubah tarikh atau jenis bilik boleh di buat bila2 masa 2 hari sebelum tarikh booking.



List hotel yang ada kemudahan tempahan online:

1. GoodHope Hotel (http://www.goodhopehotel.com.my/skudai-johor_bahru/index.html)
2. Mutiara Johor Bahru (http://www.mutiarahotels.com/mutiara_jb/mjb_rnr_room.html)
3. Puteri Pacific Hotel (http://www.puteripacifichoteljohorbahru.com/accommodation.html)
4. Selesa Hotel Johor Bahru (http://www.johorhotels.com/accommodation.html)
5. M-Suites Hotel (http://www.m-suites.com/GSuites/index.htm)
6. Suria City Hotel JB (http://www.suriaresorts.com/suria-city-hotel/accommodation.php)
7. TN Hotel Johor Bahru (http://www.tnhotel-johorbahru.com/ppc/index.php)

8. Vista Melati Hotel JB (http://www.avistamelatihotel-johorbahru.com/accommodations.php)
9. Dorsett Johor Hotel (http://www.dorsett.com.my/johor/)
10. Grand Blue Wave Hotel (http://www.grandbluewave-johorbahru.com/accommodations.php)
11. New York Hotel JB (http://newyorkhotel.com.my/features.html)
12. JB Central Hotel (http://www.jbcentralhotel-johorbahru.com/accommodations.php)
13. Tropical Inn JB (http://www.tropicalinn-johorbahru.com/accommodations.php)
14. Crystal Crown Hotel (http://www.crystalcrown.com.my/index.cfm?id=6B91D664-F206-A174-314E02DEB789AFAE)


Yang tak perlukan kad kredit dan seumpamanya:

1. Naza Hotel (http://www.nazahotels.com/johor/accommadation.html)
2. Pulai Springs Resort (http://www.pulaisprings.com/index.asp)
3. Euro Rich Hotel (http://www.eurorichhotel.com/index.php)

Nota: Korang boleh cuba tempah by phone jika ada kosong, tak semestinya online je

Harga dan standard hotel terpulang la yang mana satu korang nak atau mampu. So kalau nak jugak cari la member2 yang ada kad tu mintak pinjam jap nanti bayar la balik, key.. Kalau ada pertanyaan tentang tempahan online ni, sila kemukakan..~aku sedia membantu (bukan dari segi kewangan la eh..hehe)
Click for Johore Bharu, Malaysia Forecast